A Note of Thanks

Dear Readers,

Welcome to MfMC official blog.

We aim to proactively and continuously promote and educate the issue of children's safety to the public. Children are the future of our nation and they are "vulnerable'. They rely on adults to protect them from any form of harm including without limitation to kidnapping.

Hence, it is our hope that this little effort will be able to instill the continuous sense of safety for children among the public.

Let's do this together. Help us to help others in creating the awareness. Spread the message to others. Prevention is better than cure.

Together we make a difference.

Like us on Facebook
Follow us on Twitter

Monday, 16 December 2013

Petisyen - Keselamatan Anak-anak Adalah Tanggungjawab Bersama

English translation is at the bottom

Di #MfMC, kami telah sepakat untuk membuat satu petisyen berkaitan dengan isu keselamatan kanak-kanak. Berpegang kepada tema "Dari Kita Kepada Kita Untuk Anak-anak Kita", petisyen ini bertujuan untuk terus menyedarkan ibubapa dan masyarakat bahawa keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Petisyen ini ditujukan kepada ibubapa dan masyarakat di luar sana dan bukan kepada mana-mana pertubuhan, organisasi mahupun kerajaan. 

Oleh itu, kami mahu mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dan sokongan daripada semua orang untuk petisyen ini. Ini amat penting bagi kami bagi membuktikan kepada ibubapa dan masyarakat bahawa ramai di kalangan kita yang percaya keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa dan masyarakat sendiri dan bukannya tanggungjawab pemerintah dan pihak berkuasa. 

Oleh itu, kami menjemput anda semua di luar sana untuk menandatangani (secara online) petisyen kami ini.  Bagi yang telah menandatangani, kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda dan teruskan berkongsi petisyen ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

Untuk menandatangani dan menunjukkan keprihatinan anda, sila klik di sini

Petiton - Children's Safety is Our Mutual Responsibility

We at #MfMC has decided to make a petition on the issue of children's safety. Holding on the theme of "From Us To Us For Our Children", the petition  is meant to raise awareness among the parents and society members out there that children's safety is our mutual responsibility.  The petition is addressed to all parents and society members out there and not to any association or organisation or government.

Therefore, we aim to collect as many signatures and support as possible from everyone. This is very critical for us to prove to all parents and society members that many of us believe that children's safety is our responsibility and not that of the government or the authority.

We humbly invite all of you out there to join us and sign the petition (on line). To those who have signed, thank you from the bottom of our heart for showing your support and concern. Please help to share and spread the petition to your friends and family members so that they can also do their part.  

To sign and show your support for the petition, please click here


   

Monday, 9 December 2013

MfMC's Community Message #1

If we do not look after our children, someone else will. Better be safe than sorry.


Tuesday, 3 December 2013

Kematian Tiga Beradik Bukan Tragedi Biasa

Apa yang berlaku ke atas adik Nur Syafikah Nadia Rusdi dan dua adik permepuannya adalah satu tragedi yang amat menyayat hati. Kenapa mereka diperlakukan sebegitu rupa masih menjadi tanya. Tidak perlulah kita untuk bermain teka teki dan membuat spekulasi sendiri tentang sebab musabab berlakunya kejadian itu. Biarkan pihak Polis meneruskan siasatan dan sama-sama kita berdoa agar penjenayah terbabit segera diberkas, di hadapkan ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan jenayah keji yang dilakukan. Kami di Mission for Missing Children mengutuk sekeras-kerasnya jenayah yang dilakukan ke atas adik Nur Syafikah Nadia Rusdi dan dua adik perempuannya.

Bagi kami, melihat kepada jenayah sebegitu rupa yang berulang kali berlaku, kami dapat membuat kesimpulan bahawa semakin ramai manusia di luar sana yang semakin hilang kewarasan mereka dan sudah tidak lagi berperikemanusiaan. Banyak faktor yang mempengaruhi mengapa manusia semakin hilang kewarasan dan tidak lagi berperikemanusiaan. Ia mungkin kurang pegangan agama, terlalu terdedah kepada bahan bacaan dan budaya yang tidak sihat dan sebagainya. Ia mungkin agak kompleks untuk dirungkaikan dan memerlukan kerjasama dan kesedaran banyak pihak dan memakan masa untuk memperbetulkan apa yang tidak lagi betul.

Sebab musabab berlakunya jenayah-jenayah seperti ini adalah di luar kawalan kita sebagai seorang individu. Maka sebagai individu, dari kita memberi fokus kepada sesuatu yang di luar kawalan kita yang pastinya tidak dapat kita kawal, mengapa tidak kita beralih kepada sesuatu yang berada di dalam kawalan kita? Mungkin kita tidak sedar. Kita hendaklah lebih berhati-hati dalam segala tindak tanduk yang kita ambil. Hendaklah kita lebih bersikap prihatin dan waspada dengan persekitaran kita. Pepatah Melayu mengatakan "malang tidak berbau". Kalau kita boleh bau, memanglah senang, hakikatnya kita tidak dapat menghidu bila perkara buruk akan terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita. Langkah berhati-hati dan berwaspada ini mungkin dianggap leceh kerana ia memerlukan tenaga dan masa kita seperti menemani anak bermain di taman, pergi sendiri ke kedai dan bukannya menyuruh anak kecil berjalan sendirian dan sebagainya. Ia nampak remeh jika kita pasti tiada apa akan berlaku, hakikatnya kita tidak dapat memberi kepastian itu. Apa yang remeh itu akan jadi penting apabila kejadian yang tidak kita ingini berlaku ke atas orang yang kita sayangi. Namun ia pastinya sudah terlambat. Jadi, beringatlah sentiasa.

Berulang kali kes-kes seperti ini berlaku dan seluruh negara akan meratapinya dan orang ramai akan mengutuk sekeras-kerasnya jenayah yang dilakukan. Tetapi satu persoalan yang timbul: Apakah yang kita lakukan secara individu atau berkumpulan bagi memastikan jenayah seperti ini tidak berlaku?

Ingatlah! Kerapkali jenayah berlaku kerana kita memberi ruang dan peluang kepada penjenayah untuk bertindak dan mereka ini bertindak pada masa, dengan cara dan di tempat yang kita tidak sangkakan.