A Note of Thanks

Dear Readers,

Welcome to MfMC official blog.

We aim to proactively and continuously promote and educate the issue of children's safety to the public. Children are the future of our nation and they are "vulnerable'. They rely on adults to protect them from any form of harm including without limitation to kidnapping.

Hence, it is our hope that this little effort will be able to instill the continuous sense of safety for children among the public.

Let's do this together. Help us to help others in creating the awareness. Spread the message to others. Prevention is better than cure.

Together we make a difference.

Like us on Facebook
Follow us on Twitter

Saturday, 6 October 2012

Konflik Rumahtangga Penyebab Kanak-kanak Melarikan Diri


Konflik dalam keluarga antara penyebab berlakunya kejadian kanak-kanak hilang. Walaupun mereka ini diklasifikasikan sebagai menghilangkan diri, namun harus diingat bahawa mereka juga terdedah kepada pelbagai bentuk bahaya di luar sana. Apa yang harus kita fikirkan ialah apakah punca kanak-kanak ini melarikan diri? Salah siapa? Sebagai ibubapa, hendaklah kita menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kita.

Berita dipetik di sini KUALA LUMPUR: Akibat tabiat si bapa yang gemar memukul ibunya, anak perempuan pasangan berkenaan berusia 12 tahun menunggang motosikal tanpa lesen sejauh 40 kilometer (km) untuk mencari hiburan sebelum dicekup dalam Ops Samseng Jalan Raya di sekitar ibu kota, semalam. Kanak-kanak bawah umur itu juga berhenti sekolah sejak sebulan lalu kerana mendakwa tidak mampu fokus pada pelajarannya akibat krisis keluarganya.Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, kanak-kanak itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama seorang rakannya berumur 16 tahun ditahan untuk pemeriksaan. Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua remaja berasal dari Kajang itu tidak memiliki lesen memandu dan tidak membawa kad pengenalan.“Siasatan lanjut mendapati mereka keluar dari rumah pada awal pagi menaiki sebuah motosikal milik ahli keluarga dan menuju ke Kuala Lumpur untuk mencari hiburan.“Mereka mengaku mencari ketenangan dan mengalami tekanan akibat tabiat bapa yang suka memukul ibu di depan anak-anak,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Katanya, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sebelum ibu bapa masing-masing diminta hadir untuk diberi amaran.Azmi berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun yang bekerja sebagai pekerja landskap atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
“Sebanyak 92 saman dikeluarkan selepas memeriksa 230 kenderaan dalam operasi yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 3 pagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment