A Note of Thanks

Dear Readers,

Welcome to MfMC official blog.

We aim to proactively and continuously promote and educate the issue of children's safety to the public. Children are the future of our nation and they are "vulnerable'. They rely on adults to protect them from any form of harm including without limitation to kidnapping.

Hence, it is our hope that this little effort will be able to instill the continuous sense of safety for children among the public.

Let's do this together. Help us to help others in creating the awareness. Spread the message to others. Prevention is better than cure.

Together we make a difference.

Like us on Facebook
Follow us on Twitter

Friday, 8 November 2013

Jenis-jenis Kehilangan Kanak-kanak

Seringkali kita terbaca tentang kes kehilangan kanak-kanak. Di sebalik kes-kes tersebut, tersirat pelbagai faktor dan jenis kehilangan kanak-kanak. Nampak mudah tetapi kita harus memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kes kehilangan kanak-kanak (antaranya telah kami sentuh dalam artikel yang lepas) adalah termasuk kecuaian ibubapa/penjaga, kurangnya keharmonian dalam kehidupan sekeluarga, kurang kasih sayang ibubapa/penjaga, terlalu mengambil mudah hal berkaitan keselamatan anak-anak dan sebagainya. Namun artikel kali ini menyentuh tentang jenis kehilangan kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan faktor yang menyebabkan berlakunya kes kehilangan kanak-kanak.

1. Pemerdagangan kanak-kanak (child trafficking)

Kanak-kanak yang diculik bagi tujuan ini jarang ditemui semula. Walau tidak ada bukti jelas bahawa seseorang kanak-kanak yang diculik itu digunakan untuk tujuan pemerdagangan kanak-kanak, kerana kesukaran mendapatkan statistik, adalah dipercayai seramai 1.2 juta kanak-kanak diperdagangkan setiap tahun di seluruh dunia.

Kanak-kanak yang diperdagangkan ini melalui nasib yang berbeza-beza di antara satu sama lain namun tidak ada satu pun nasib yang menimpa mereka ini berbentuk positif. Semuanya adalah berbentuk negatif. Antara nasib-nasib yang menimpa mereka adalah: -
  • menjadi buruh paksa
  • dieksploitasi untuk tujuan seks
  • terlibat dalah urusan jual beli dadah
  • menjadi pengemis
Filem Slumdog Millionaire adalah antara filem yang berkisar kepada pemerdagangan kanak-kanak.

2. Tebusan

Dalam kes sebegini, keluarga mangsa akan dihubungi untuk mendapatkan wang tebusan. Keluarga mangsa akan dinasihatkan oleh penculik untuk tidak menghubungi pihak polis dan mereka akan mengaturkan jumlah wang, tempat dan masa untuk penyerahan wang tebusan. Dalam banyak kes, mangsa tidak akan berada di tempat penyerahan wang dilakukan namun sekiranya dilepaskan kepada pihak keluarga ditempat berasingan. Namun terdapat juga mangsa yang dibunuh walaupun wang tebusan diserahkan seperti yang diminta. Walau apapun arahan yang diberikan oleh penculik, pihak keluarga hendaklah dengan pantas menghubungi pihak polis dan jangan cuba untuk berurusan dengan penculik secara bersendirian.

Filem Ransom adalah antara filem berkisar kepada penculikan untuk tujuan mendapatkan wang tebusan.

3. Lari dari Rumah

Kes sebegini terjadi akibat kerelaan diri kanak-kanak itu sendiri melarikan diri dari rumah. Namun harus diingat bahawa dalam kebanyakan kes, ia melibatkan pengaruh pihak ketiga (selain anggota keluarga terdekat) yang menghasut kanak-kanak itu sendiri untuk melarikan diri dari rumah. Hal ini boleh terjadi jika tiada keharmonian dalam kehidupan berkeluarga atau ibubapa/penjaga yang tidak ambil peduli akan hal anak-anak. Merasakan kehadiran mereka tidakbegitu dihargai, mereka akan mengambil keputusan melarikan diri. Namuan ada juga anak-anak yang berada diluar kemampuan ibubapa/penjaga untuk mengawal mereka. Banyak lagi faktor yang mendorong mereka melarikan diri dari rumah. Walau apapun, kebanyakan mereka yang melarikan diri dari rumah bertindak atau mengharapkan agar dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka semula.

4. Diculik Oleh Orang yang Dikenali

Dalam hal ini, ia biasanya akan berkisar kepada konflik dalaman keluarga dan lebih kepada ingin mendapatkan hak penjagaan yang tidak melalui proses perundangan.


Walaupun kelihatan penculikan yang dilakukan oleh orang yang dikenali agak kurang berbahaya, namun saat tidak mengetahui apa yang berlaku dan bakal berlaku ke atas anak yang diculik itu pastinya sesuatu yang merunsingkan. Oleh yang demikian, kami menasihatkan semua orang supaya sentiasa menjadikan keselamatan anak-anak sebagai perkara paling penting dalam setiap urusan. Tiada siapa yang inginkan anak-anak mereka hilang (dalam bentuk dan cara apa sekalipun) namun tidak ramai yang bersungguh-sungguh memastikan keselamatan anak-anak mereka. Bukan mereka tidak tahu, cuma kesedaran itu amat kurang.  

No comments:

Post a Comment