A Note of Thanks

Dear Readers,

Welcome to MfMC official blog.

We aim to proactively and continuously promote and educate the issue of children's safety to the public. Children are the future of our nation and they are "vulnerable'. They rely on adults to protect them from any form of harm including without limitation to kidnapping.

Hence, it is our hope that this little effort will be able to instill the continuous sense of safety for children among the public.

Let's do this together. Help us to help others in creating the awareness. Spread the message to others. Prevention is better than cure.

Together we make a difference.

Like us on Facebook
Follow us on Twitter

Sunday 23 September 2012

26 Minit yang Pertama Adalah Amat Kritikal Apabila Kanak-kanak Hilang

KUALA LUMPUR – Tempoh 26 minit yang pertama adalah masa yang amat kritikal dalam satu-satu kes kehilangan kanak-kanak, kata Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa).

Pengerusinya, Mohd. Fairuz Mohamed Isa mendakwa, dalam tempoh 26 minit tersebut kanak-kanak terlibat mungkin akan hilang didalam jangkauan setempat dan berada jauh dari lokasi awal kehilangannya.

“Justeru ibu bapa perlu bertindak pantas dalam masa 26 minit tersebut dalam kes kehilangan anak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fairuz berkata, kes kehilangan kanak-kanak tidak hanya menjadi igauan di Malaysia malah di seluruh dunia termasuk di negara mahu seperti Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway and Thrownaway Children (NISMART) melaporkan lebih satu juta kanak-kanak hilang pada tahun 2005.

Namun, hanya 100 kes dilaporkan hilang disebabkan penculikan dan dalam kebanyakan kes itu di AS, pemangsa pencabulan kanak-kanak merancang penculikan beberapa hari, minggu atau kadangkala sehingga beberapa bulan lamanya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut.
Malah dilaporkan seorang kanak-kanak hilang di AS pada setiap 26 saat dan keadaan itu cukup menggerunkan, katanya lagi.

Justeru, katanya, pihaknya menyarankan beberapa langkah untuk diambil oleh ibu bapa di Malaysia sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Langkah itu adalah dengan menyimpan dan mengemas kini rekod peribadi kanak-kanak setiap enam bulan termasuk rekod asid deoksiribonukleik (DNA) dengan menyimpan cap jari atau rambut serta mengenal pasti tanda di badan anak seperti tahi lalat, parut atau tanda lahir.

Langkah kedua adalah dengan peka pada apa yang dipakai oleh kanak-kanak pada setiap masa terutama sewaktu ke tempat yang sesak seperti pasar raya, ekspo atau pasar dan mengenal pasti aksesori yang terlekat pada baju, jam tangan dan sebagainya.

Ibu bapa juga disaran memakaikan tanda pengenalan seperti gelang keselamatan yang mempunyai nombor telefon bagi memudahkan orang ramai mengesan anak mereka sekiranya kanak-kanak itu hilang di tempat awam.

Selain itu, katanya, PaMa juga menyarankan penambahbaikan sistem NUR Alert (National Urgent Response Alert) kerana masih belum ada tindakan yang wajar dilakukan bagi mengesan dan mencari kanak-kanak yang hilang dilakukan serta-merta di seluruh negara sebaik sahaja laporan diterima dan bagi membolehkan maklumat kehilangan kanak-kanak tersebut dihebahkan ke seluruh negara melalui pelbagai medium.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran pula disaran memperkemaskan program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) dan Kelab Pencegahan Jenayah sekolah bagi mendidik para pelajar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri.

Taken from here

No comments:

Post a Comment