A Note of Thanks

Dear Readers,

Welcome to MfMC official blog.

We aim to proactively and continuously promote and educate the issue of children's safety to the public. Children are the future of our nation and they are "vulnerable'. They rely on adults to protect them from any form of harm including without limitation to kidnapping.

Hence, it is our hope that this little effort will be able to instill the continuous sense of safety for children among the public.

Let's do this together. Help us to help others in creating the awareness. Spread the message to others. Prevention is better than cure.

Together we make a difference.

Like us on Facebook
Follow us on Twitter

Monday 8 October 2012

Kanak-kanak Adalah Rapuh

Kami telah nyatakan sebelum bahawa kanak-kanak adalah rapuh dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka amat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat di luar sana yang boleh melekakan mereka. 

Maka menjadi peranan kita sebagai ibubapa/penjaga untuk mengawasi segala tingkah laki dan gerak geri mereka. Tidak salah dan bukannya susah untuk mengambil tahu aktiviti seharian anak-anak kita dan dengan siapa mereka berkawan. Bertindak cepat sebelum terlambat.

Berita diambil dari sini

BUKIT MERTAJAM: Termakan hasutan kawan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari daerah ini bertindak nekad melarikan diri dari rumah lebih 10 kali sejak hampir dua tahun lalu untuk menjadi pengemis di beberapa negeri.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Shah itu meninggalkan persekolahan semata-mata mahu mengikut kenalannya, seorang warga asing berusia 20-an, menjadi peminta sedekah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.
Bagaimanapun, Shah kini insaf dan kesal dengan perbuatannya selepas ditangkap ketika asyik bermain di pusat permainan komputer di Melaka sebelum diserahkan kepada keluarganya, Julai lalu. 


Sepanjang tempoh menjadi pengemis dan melarikan diri dari rumah itu, kanak-kanak terbabit menginap di hotel murah yang dibayar menggunakan wang hasil mengemis selain menjual surah Yasin kepada orang ramai dengan harga RM3 senaskhah.


Shah berkata, pendapatan diperolehnya antara RM60 dan RM200 sehari dibahagikan dengan rakannya selain diasingkan untuk membayar hotel, membeli pakaian serta makan.

No comments:

Post a Comment